Monday, August 3, 2009

Tip Buy House


TIP UNTUK MEMBELI

Cari atau beli hartanah (bangunan /tanah) pada harga rendah

  1. Pilih lokasi yang strategik, lokasi yang boleh jual semula. Jika anda beli kawasan yang anda sendiri tak mau duduk atau susah nak jual maka agak sukar anda mendapat untung yang banyak. Lokasi yang sesuai ialah berdekatan industri, dekat bandar, dekat kawasan pusat pengajian, ada kemudahan pengangkutan awam dan kemudahan infra yang lain.
  2. Hartanah yang anda beli, menepati kehendak undang-undang. Seperti tanah pegangan bebas, pajakan atau rizab melayu. Pegangan bebas mudah dijual semula.
  3. Boleh jual. Kalau anda beli bangunan dan sukar hendak jual, apa guna anda membeli. Bagaimana nak buat duit kalau sukar jual. Jadi kena hati-hati membeli hartanah.
  4. Membeli hartanah di bandar besar atau bandar yang sedang berkembang adalah suatu pelaburan yang bijak
  5. Kira pendapatan anda bulanan
  6. Kira perbelanjaan anda bulanan
  7. Maklumat harga belian, berapa bayaran muka dan berapa harus anda pinjam
  8. Kemudian anda perlu kira berapa bayaran bulanan yang perlu anda buat
  9. Tanya soalan kepada penjual, kenapa dia menjual, bila nak jual, kalau tak dapat jual pada tarikh tersebut, bagaimana. Jawapan yang anda terima akan memberi gambaran samada dia terdesak atau tidak.
  10. Dapatkan maklumat hartanah seperti berikut :
  11. Lokasinya sesuai atau tidak (alamat)
  12. Jenis hartanah, rumah teres, apartmen, rumah kedai atau banglo
  13. Luas lantai
  14. Bilangan bilik air, stor dan lain-lain
  15. Arah kedudukan, hadap matahari jatuh atau bertentangan
  16. Umur bangunan
Maklumat Tambahan

Maklumat geran seperti no PT, mukim, daerah, jenis hakmilik bebas atau pajakan, jenis kegunaan, berapa cukai tanah, cukai tafsiran dan CF.

Dapatkan maklumat pemaju atau penjual dari segi, Alamat, Telefon, Faks, no pemaju, harga diminta, baki pinjaman tertunggak, nama bank yang ia buat pinjaman dulu, bayaran bulanan yang ia sedang bayar, jangkamasa pemilikan, Rekod atau sejarah pemaju tersebut.

Periksa dari segi jalan masuk, keadaan rumah sebelum masuk dan anggaran pembaikan yang perlu dibuat. Untuk lebih detail anda perlu lihat keseluruhan bangunan yang hendak beli, seperti sistem paipnya, sistem najisnya, sistem elektriknya, keadaan lantai, dinding, siling, atap, bilik air dan sekitarnya. Jika terlalu banyak kerosakan anda harus memikir semula untuk membeli, kerana kos pembaikan adalah kos tambahan yang perlu anda tanggung. Carilah bangunan yang kurang bermasalah.

Lain-lain seperti bil elektrik dan air bulan lepas